Sedih, pilu, jiwa kosong tu yang aku alami. 7/7/2010 tarikh keramat, tarikh yg tak mungkin akan aku lupakan, aku keguguran. Janin yg aku kandung selama 3 bulan lebih, akhirnya keluar begitu saja tanpa cukup sifatnya. Menangis aku tatkala nampak semuanya keluar, beserta kesakitan yg amat sgt ku tanggung. Prof yg scan perut aku dah bgtau, kesakitan gugur sama mcm nak bersalin.
Prof bgtau syg mama dah tak ada. Tiada degupan jantung, tiada connection darah. Masa tu mama masih ok, mama yakin syg mama masih ok. Mama masih berharap. Mama ignore apa yg prof ckp. Sedikit pun mama tak rasa sedih. Bila dah siap scan, duduk di kerusi depan Prof, mama mendengar setiap apa yg dickpkan. Bagaimana keguguran akan berlaku. Masa nie mama dah mula terasa..mama terasa kehilangan..kehilangannnnn....
Blk ke rumah, pendarahan terus berlaku, semakin byk...mula terasa sakit2. Mama pasrah, pasrah seadanya, mama baru dpt terima hakikat, syg mama mmg dah tak ada.
3 Bulan lebih, bersama mama ... setiap pagi bgn tdo, syg mama dulu yg mama usap . . . sampai hari nie, mama masih lakukan, kenapa?? sbb mama dah terbiasa.. Ya Allah, kuatkan lah semangatku. Mmg bukan rezeki mama melihat syg mama lahir ke dunia. Tunggu mama di sana nanti ya syg . . .syirah nakkan adik, mama tau tu..syirah mmg ada adik, adik syirah di syurga.
Setelah mendapat kaunseling dr Prof, mama semakin tabah, semakin redha. Mama harap ianya berkekalan. Mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi. Mungkin rezeki mama lepas nie, InsyaAllah.
Love u babeh .. :(
ReplyDeletekehilangan yang hanya boleh difahami oleh mereka yang mengalaminya. Semoga za lebih kuat untuk menghadapi dugaan selepas ni..Amin..
ReplyDeleteterima kasih kak syima ...mmg sgt2 sedih. skrg za dah boleh menerima, za dah redha..moga za akan lebih tabah.
ReplyDelete