Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemedekaan yg ke-53


MERDEKA ~ !! MERDEKA ~ !! MERDEKA ~ !!
Hari nie cuti, tak kemana2 pun.. sonok syirah mama ada kat umah. Apa lg mintak buat biskut ajerrr ... kehkehkeh. Biskut badam ~ !! cam biasa si tecit tu paling sibuk nolong dan sibuk makan...mama nie telan air liur tgk dia makan...huahuahua




Panna cotta edisi sejukkan tekak utk berbuka ... huhuhu..bibir sampai kering, pecah jadinya hari nie, panas rasa cam nak berendam je ...kang batal pose lak ... hehehehe

Sunday, August 29, 2010

Petai lg...





Hari nie ahad, menu pastinya petai lg..hihihi..tu makanan paling membuka selera...adehhh, nak kene tanam pokok petai la mcm nie, tanam dlm pasu....huahuahua

Friday, August 27, 2010

Menu berbuka lg

kueh teow goreng sempoi


ikan goreng tepung


pucuk paku cili api


ayam masak berlada


lala / retak seribu




Skrg nie dah pening jugak nak masak apa...hehehe, jadi bikin yg sempoi2 sudah...nie menu berbuka smlm. Hari nie cuti, rasa cam nak bikin biskut raya lg...anakdara tecit tu hari2 ajak buat biskut...hehehe.
Adik dr cheras on the way nak ke sini...apa menu nak masak hari nie, wooohoooo...pening jugak memikirkan, sampai dah tak tau nak masak apa. Tungu ilham datangggg... ~ !! zasssssss ~! !

Wednesday, August 25, 2010

Berbuka puasa di rumah

ulam daun selum + petai jeruk


sambal belacan


mee goreng


ayam goreng ala KFC


sambal petai bilis


tembikai


kerapu sweet sour


kailan ikan masin



Hari nie ajak buka puasa ramai2 kat umah aku, adik beradik, mak ayah ngan tunang adik. Mmg meriah la rumah. Sesekali berkumpul makan ramai2 mmg gamat laa... hihihi..syok ~ !!
Blk keje terus masuk dapur berperang masak. Masak lebih sikit, kasi bawak blk..boleh la depa makan untuk sahur, tak yah nak masak dah...hihihi

Bila dah selesai semua, baru rasa cam letih beno badan, tp seronok. Mak plak tak sihat..sian mak, pening hoyong hayang...hope mak cepat sembuh

Tuesday, August 24, 2010

Biskut raya

Biskut raya pertama yg selamat dibuat. hihihihi..strawberry tat...kekeke, nie gara2 jem nenas dah expired, so guna la jem strawberry yg ada ... tp sedap gak, bau wangi jer..ihiks ~ !!
Cam biasa kalu awal2 buat, confirm tinggal sket ... cam nak kene buat semula je ...uhuks

Kuih sagu

ehhh..ehhh, bulan pose nie terasa rajin beno masuk ke dapur...kehkehkeh . Smlm bikin kuih sagu kegemaran cik abe ... nak masak mesti pk tekak cik abe dulu, untung kan para2 suami nie..hehehe..

Smlm pun ribut kuat lg, awan hitam pekat. Tak tau la kat mana pulak ada kes terbang2 nie. Mintak2 dijauhkan dr segala perkara yg tak baik.

Monday, August 23, 2010

Khemah Bazar Ramadan terbang






(gambar dr pahang daily)


Smlm kul 6.30 cam tu, ke pasar ramadhan sg isap... incik asben mau cari air utk berbuka. Berbuka kat umah mak pak mertua, so beli je la apa patut. Sampai kat situ awan hitam pekat, dgn petir, angin kuat. Aku tak turun pun dr kete, takut. Rupa2nya dlm masa yg sama berlaku ribut kuat di pasar ramadhan dekat masjid. Kejadian nie mengingatkan aku seperti yg berlaku di jasin baru2 nie. Mujur tak de kes kehilangan nyawa.

Semua yg berlaku tu ada hikmah nya. Selama nie, ramai yg beli terus berbuka dipadang. Mudah, lepas berbuka boleh terus mengerjakan solat maghrib di Masjid yg hanya beberapa langkah..Tapi ada juga yg terlebih berhoya2, pakaian seksi meksi.. mungkin ini juga petunjuk dari Allah, jadi kita beringat2 laa

Sunday, August 22, 2010

Menu berbuka

pasta goreng


cekodok o la la



msk cili api nenas + ikan talang


Alhamdulillah, sakit perut aku dah ok .. syukur sgt2. Dah lama x diserang sebegitu rupa ...
Hari nie ahad, aku kerja lg ... syirah ngan mak dikampung, smlm nangis2 tepon rindukan mama ngan papa. Adehhh ... pagi tu x mau ikut, nak tinggal ngan atok ... sedih plak aku dgr syirah menangis teresak2, mama pun rindu sgt333 sayang .... muachhh..

Smlm sempat la aku bikin pasta goreng ... pasta goreng lg...hihihi, nie dah 2 kali di bln puasa aku buat. Sbb incik asben suka, aku buat ajer ler.. pastu siap request nak cekodok o la la lg... layann kan ajer laa .. :) masak lemak cili api nenas + ikan talang bekal dr mak tersayang ...

Wednesday, August 18, 2010

Subhanallah ~ !!

Subhanallah ... try la

Monday, August 16, 2010

Cantik tetapi merbahaya

Perhatikan pokok hiasan diatas betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Sena

ng tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Thursday, August 5, 2010

Campur aduk :)

Lambat nya nak sampai makanan, hirup sup ngan ayor masak dulu ler nampak nyer... buah hati kesayangan mama ~ !! muachhhhh


ehemm..ehemm, hp tak lekang dr tgn ..nak wat guane tu? hihihi


Trajedi March


Bila berdua je ngan anak, leka jadi nya


Malang mmg tak berbau ~ jalan wong ah jang

Wednesday, August 4, 2010

Kemaruk Petai

Bila dah pandai mkn petai, kemaruk le plak. Kalu bleh hari2 menu petai, ulam mentah pun jadi gak...adoyai ~ !! dasyat dasyat, penangan petai ...

Petai sedap masak sambal, taruk ikan bilis @ udang @ sotong ...fuhhh
rebus buat ulam ajer pun sodap, makan ulam mentah pun sodap....ahhhh, nikmat sungguh petai

Sunday, August 1, 2010

Cian syirah

Kejadian pilu + gelihati di hari ahad .. hari nie aku keje. Tinggal la syirah ngan cik abe aku kat umah. Syirah cam biasa susah nak bangun pagi. Aku pegi keje pun dia lom bangun.

Bila dia bangun, papa ajak la pegi makan kat kedai, soh mandi tak nak..so papa kata akan bungkus utk syirah ... hohoho, bleh plak tinggalkan syirah sorg2 kat rumah, ya rabbi laki aku nie pun tak pk ke bahaya nya...adehhh , gitu la kalu org laki jaga anak, tu baru sorg.

Awal2 tu may be dia ok, dah lama sgt kartun pun tgk dia dah sayu...huhu..menangis2 la syirah, papa tak blk2...mujur la aku dapt jiran yg sgt alert ... Rini dah dgr suara budak nangis, tgk kete aku dua2 tak de..mesti syirah keluar juga...rini masuk semula, dgr suara nangis lg siap panggil2 nama uncle nizam.. (uncle nizam rupa nya tgh melayan mata...ihik (pengakuan sendiri tuan punya diri)...dia keluar tgk syirah yg nangis.. rini g umah aku, tenteram kan syirah .. dah ok syirah selamber badak nya masuk umah sambung tgk kartun, adehh laa...cian auntie rini dia terkulat2.. dlm masa yg sama dtg plak org nak banci , so rini di banci di rumah aku ...hihihi..

Thanks sgt2 to Rini dan nizam .. kalu tak de korg berdua kat rumah, tak tau la apa jadi kat syirah ...aduiii, runsing plak aku dok mikir, pehal laki aku leh wat tindakan gitu... pas nie mmg kene anto la kat umah kakak aku mengasuh, even laki aku ada...huhuhu..risau, risau, risau ~ !!