Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Sena
ng tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
alhamdulillah..tak de tanam pokok ni kat rumah..
ReplyDeleteza dulu2 masa dok gila tanam pokok bunga, mmg ada gak hat nie, mujur tak de apa2 ... skrg semua dah clear, tak de dah pokok bunga kat umah ...hihihi
ReplyDeletehuhu, bagus info ni..nampaknya kita tanam rumput atau pokok plastik sajalah pas ni...
ReplyDeleteitu la, tak sangka sekadar pokok hiasan leh bahaya kan nyawa ...
ReplyDelete