Saturday, February 19, 2011

Sambut Birthday Syirah

Byk gambar2 syirah masa lahir, kalu nk upload mmg tak larat .. hehe ... biasa la masa tu lom pakai DSLR ... hahaha, semua main tangkap muat je guna hp yg cikai .. tp tak pe ada jugak kenangan..


Hari pertama

kecik je kan? 2.38kg

opsss!! chelsea ?? hahaha


Hepi birthday sayang ! genap 5 tahun sudah .. mama sayang syirah sgt2 tau !!




Tanggal 18/2/2006


pagi2 nie mama dah rasa sakit2 perut, patut nya due lg 3 minggu ..
pelik sungguh mama rasa sakitnya kali nie, sakit perut yg lain mcm !
kenapa ye?
dan dan la mama call atok, bertanya kan hal nie .. atok, wan dan papa tiada di rumah ...
i'm alone ! huhuu ... gelabah, resah, gelisah ..
menunggu atok blk rumah ...
sakit makin kerap, 5 minit sekali .. bila atok sampai, pegang perut, baby dah tak gerak !
ya Allah kau selamatkan la anak aku !
tunggu hubby plak blk, terus ke hospital ..

Prof. Dr. Mokhtar Awang, amik kes aku ...
dia bgtau baby aku dah lemah sgt,
denyutan jantung bunyi teralu perlahan.
Doc bgtau kalu aku tunggu utk bersalin normal, sgt la berisiko pada baby, kerana doc kata kes mcm nie biasa nya baby terlilit tali pusat, dan dia akan lemas !
Ya Allah, aku menangis !
doc kata kene operate .. aku redha asal kan baby aku selamat.
Hubby masuk dan berikan aku semangat, kekuatan ! tanpa pk panjang dia terus sain utk aku dioperate, kata nya asal aku dan baby selamat je.

Dlm 35 minit aku di dlm OT, semuanya selesai ..
syukur baby aku selamat.
Aku dibius separuh badan. Baby keluar, aku dgr tangisan ,
tp aku tidak dpt melihat nya,, kerana dia sgt lemah.
Hubby aku kata masa baby keluar nampak lebam sgt.
Aku tanya pd doc,
laki ke pompuan anak aku? doc kata dia pun tak sempat nak tgk, sbb terus pass pada doc baby ..

Lahir lah seorg baby comel diberi nama Hanan Insyirah .. sekejap je dah 5 tahun anak mama ! love u sayang !!


Gambar sekitar majlis sambutan maulidur rasul dan ulangtahun kelahiran syirah .. sgt meriah











Tuesday, February 15, 2011

Berkumpul sekeluarga




Sempenan cuti Maulidur Rasul hari nie, aku pun bercuti...
seronok dapat berehat2 bersama keluarga.
Adik ipar aku yg dok Kelantan pun ada blk...tp biasa la masa dia sampai aku masih bekerja..
hari nie la baru sempat aku berjumpa...
itu pun bila aku wat makan2 di rumah aku,
berkumpul la kami sekeluarga...adik2 ipar dan mak pak mertua..menikmati hidangan yg aku sediakan yg tak seberapa ini...
ewahhh..~!!
Nasi minyak + ayam masak merah + acar + puding koktail + ayor anggur...
makan ramai2 mmg seronok...sambil melayan cite Hantu kak limah blk rumah....ngeee..~!! cite yg dah byk kali syirah dok pusing2 tgk...haduiii laa..


Monday, February 14, 2011

(gambar dari google)



Maulidur Rasul
(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul)
adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Salam Maulidur Rasul 2011
1 Malaysia, 1 Ummah .

Misi ke sekolah



Smlm ada mesyuarat PIBG dan preview smart reader kat sekolah Syirah....
teacher call mintak aku ngan asben dpt hadir, masa tu jugak dia ckp ngan syirah,
pujuk2 supaya dtg sekolah Isnin.
Wahhh..~!! terharu aku tgk, semua teacher kenal dia,
even hanya hampir 2 minggu sekolah.
Lepas tu dah tak pegi ...

Semangat tu dah ada aku tgk bila dia blk rumah...mcm2 sekolah plan, jalan2 KLCC, Melaka, PD, mcm2 event nak buat...

Bgn pagi dia dah start jugak, nangis...tak nak mandi, tak nak pakai baju kuning, ngantuk, nak tgk tv...mcm2 alasan dia...
dgn sepenuh tenaga yg ada, aku angkat jugak syirah ke bilik air,
makin kuat menangis, terus aku jirus...
dalam hati aku sayu, tp aku kene kuat...kalu tak, sampai bila la mcm tu...
menangis lg dan lg...teresak2...
pak cik anto ke sekolah, sampai pun nangis lg...dalam hati aku hanya berdoa semoga dia akan ok...

Dalam pukul 10 aku sms teacher kelas dia, alhamdulillah ok pun dia dlm kelas...cuma dari rumah la dia liat nak ke sekolah, sampai sana dah ok..
hari2 mmg kene jadi mama tarzan la nampak nya...wahhh...~!! gitu

Masa jemput syirah blk kul 12 lepas siap dia mkn, dia kasi bungkusan...
"mama, nie hadiah utk mama" terkejut aku...
igtkan di sekolah dia ada aktiviti membuat bungkusan utk parent ke hape,
rupanya itu mmg hadiah utk aku...
"Teacher kasi hadiah harijadi mama" ...
huhuhu..terharu nya mama...then cepat2 ckp kat syirah, kalu syirah selalu pegi sekolah, nanti syirah pun boleh dpt byk hadiah tau...hehehe..

Thanks buat teacher2 sekolah syirah yg bagi hadiah nie...even anak aku tak pegi sekolah, hadiah utk aku tetap ada...hehehe...~!!

Sunday, February 13, 2011

Blueberry cheese tart



Blueberry cheese tart





Smlm cuti, itu la hari2 yang ceria...ada sedikit masa terluang,
membikin tart utk anakdara dan pak nyerr...hehehe..~!!
Tak selalu datang nya mood "R" nie,
bila dah dtg, layanzzz...




Wednesday, February 9, 2011

Halal ???




KUALA LUMPUR 8 Feb. – Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar produk makanan dan minuman di dapur rumah anda diragui status halalnya.

Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di lima pasar raya besar sekitar ibu kota menemui, sejumlah 25 daripada lebih 50 barangan menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

Tambah menyedihkan apabila kebanyakannya terdiri daripada barangan makanan yang digunakan setiap hari seperti mi segera, kicap, tuna dan rempahan sup selain makanan ringan.

Kesemua produk yang mempunyai logo ‘halal’ tersebut cuba dijejaki melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) namun tiada maklumat mengenainya.

Pemeriksaan ini sekali gus membuktikan produk-produk itu tidak didaftarkan secara sah.

Berbeza dengan barangan sama daripada jenama lain yang diperiksa, maklumat seperti nama syarikat, jenama dan jenis barangan serta tarikh tamat tempoh sijil pengesahan halal dipaparkan.

Paling mengejutkan, enam produk yang telah diharamkan penggunaan logo halal oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa pada 5 Februari tahun lalu, masih kebal di pasaran.

Tindakan dalam memastikan kesejahteraan umat Islam benar-benar terpelihara dari aspek halal haram mengikut ajaran agama itu mungkin tiada impaknya apabila logo seperti Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International masih boleh dilihat digunakan pada hampir setiap jenis makanan.

Ini juga memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pelanggan menerusi logo halal masing-masing.

Tambah malang, hanya sebilangan kecil produk di pasar raya didapati menggunakan logo standard Jakim biarpun jabatan itu sudah menetapkan sejak Ogos 2009, ia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir nombor rujukan permohonan.

Statistik Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula menyatakan sebanyak 60 peratus daripada 66 kes pelbagai kesalahan yang dikesan pada tahun 2010 adalah melibatkan pemalsuan logo halal Jakim.

p/s : Isu nie mmg tak penah selesai kan?

Ada logo halal tp tak 'HALAL' ...huhuhu.

Macam mana la pengguna nak tau...takkan setiap kali nak beli brg keperluan,

kene call jakim, check halal jakim online...wahhh...¬!! jenuhh kan...

adehhh..habih cam no?



Anakdaraku..~!!





Hari nie si tecit dah sampai...sampai je depan muka pintu,
berlari peluk mama...huhuhu..syahdu nya,
mama tau syirah rindu sgt3 kat mama...mama pun mcm tu...
mula la drama pendek pun start...
sob sob sob !!

Hari nie masak menu kegemaran syirah, sup sotong..
pasti menghirup sampai licin mangkuk...

Mood dia pun sgt la ok hari nie, siap mintak izin nak tlg mama kemas umah...
cam tau2 je mama dia keletihan....thanks sayang,
even umah tak bersepah pun..ok la susun2 kusyen, susun2 paper...

wahhh...~!! tiba2 rajin nie...ada apa2 nak bodek ker..hehehe